Fizik spekulasi melangkaui Letupan Besar Letupan_Besar

Ketika model Letupan Besar diperkenalkan dalam kosmologi, ia seperti akan diperhalusi pada masa depan. Sedikit sahaja yang diketahui tentang alam semesta yang terawal dahulu, apabila pengembungan dihipotesiskan berlaku. Terdapat juga bahagian alam semesta melangkaui apa yang boleh dicerap. Dalam kes pengembungan diperlukan: pengembangan eksponen telah menolak kawasan angkasa yang besar melepasi ufuk yang tercerapkan. Adalah mungkin untuk menyimpulkan apa yang berlaku apabila kita lebih memahami fizik pada tahap tenaga tinggi. Spekulasi tentang ini sering melibatkan graviti kuantum.

Antara pendapatnya adalah:

  • pengembungan kelam-kabut
  • model kosmologi “brane”, termasuklah model ekpirotik yang mana Letupan Besar adalah hasil daripada perlanggaran antara brane-brane.
  • alam semesta yang berulang yang mana keadaan alam semesta awal yang panas dan tumpat dalah hasil dari Runtuhan Besar alam semesta yang hampir serupa dengan kita. Kitaran model ekpirotik adalah versi moden bagi scenario sebegitu. (Masalah pemahaman utama adlaah entropi akan terbawa ke setiap kitaran disebabkan haba maut yang terdahulu.)
  • model yang termasuk syarat sempadan Hartle Hawking iaitu seluruh ruang-masa adalah terbatas.

Rujukan

WikiPedia: Letupan_Besar http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1511/is... http://www.historyoftheuniverse.com/ http://news.nationalgeographic.com/news/2006/03/03... http://skyandtelescope.com/news/article_1697_1.asp http://cosmology.berkeley.edu/Education/IUP/Big_Ba... http://www.submm.caltech.edu/cso/ http://cfa-www.harvard.edu/seuforum/bigbanglanding... http://www.nap.edu/books/0309093139/html/136.html http://www.ncsu.edu/felder-public/kenny/papers/cos... http://www.sabanciuniv.edu/do/eng/?PodCast/PodCast...